Fork me on GitHub

Asas

Penyediaan, Jenis Data Asas dan Operasi.

Isi Kandungan

Penyediaan

Pemasangan Elixir

Arahan-arahan pemasangan untuk setiap jenis OS boleh didapati di Elixir-lang.org di dalam panduan Installing Elixir.

Mod Interaktif

Elixir disertakan dengan iex, satu shell interaktif, yang membenarkan kita untuk menilai ekspresi Elixir.

Untuk bermula, kita jalankan iex:

Erlang/OTP 20 [erts-8.0.1] [source] [64-bit] [smp:8:8] [async-threads:10] [hipe] [kernel-poll:false] [dtrace]

Interactive Elixir (1.3.4) - press Ctrl+C to exit (type h() ENTER for help)
iex>

Type Asas

Angka Bulat

iex> 255
255

Sokongan untuk nombor-nombor binari, oktal dan heksadesimal disertakan secara lalai(default):

iex> 0b0110
6
iex> 0o644
420
iex> 0x1F
31

Nombor Apungan

Dalam Elixir, nombor apungan memerlukan satu desimal selepas sekurang-kurangnya satu digit; mereka mempunyai 64 bit double precision dan menyokong penggunaan e untuk nombor eksponen:

iex> 3.14
3.14
iex> .14
** (SyntaxError) iex:2: syntax error before: '.'
iex> 1.0e-10
1.0e-10

Boolean

Elixir menyokong penggunaan true dan false sebagai boolean; kesemuanya bernilai true kecuali untuk nilai false dan nil:

iex> true
true
iex> false
false

Atom

Atom ialah sejenis konstan yang nama mereka adalah merupakan nilai mereka. Jika anda telah biasa dengan Ruby mereka adalah sinonim kepada Symbols:

iex> :foo
:foo
iex> :foo == :bar
false

NOTA: Boolean true dan false adalah juga dari jenis atom :true dan :false.

iex> true |> is_atom
true
iex> :true |> is_boolean
true
iex> :true === true
true

Strings

String di dalam Elixir adalah dienkod UTF-8 dan disempadankan dengan tanda petik(double quotes):

iex> "Hello"
"Hello"
iex> "dziękuję"
"dziękuję"

String menyokong pemisah baris(line break) dan urutan escape(escape sequence):

iex> "foo
...> bar"
"foo\nbar"
iex> "foo\nbar"
"foo\nbar"

Operasi Asas

Arithmetik

Elixir menyokong operator asas +, -, * dan / sebagaimana yang anda jangkakan. Ianya penting untuk diambil perhatian bahawa / akan sentiasa dipulangkan sebagai nombor float:

iex> 2 + 2
4
iex> 2 - 1
1
iex> 2 * 5
10
iex> 10 / 5
2.0

Jika anda memerlukan pembahagian integer atau baki pembahagian, Elixir membekalkan dengan dua fungsi untuk menjayakannya:

iex> div(10, 5)
2
iex> rem(10, 3)
1

Boolean

Elixir membekalkan operator boolean ||, &&, and !. Mereka menyokong semua jenis type:

iex> -20 || true
-20
iex> false || 42
42

iex> 42 && true
true
iex> 42 && nil
nil

iex> !42
false
iex> !false
true

Terdapat juga tiga operator tambahan yang mana argumen pertama mesti sejenis boolean (true dan false):

iex> true and 42
42
iex> false or true
true
iex> not false
true
iex> 42 and true
** (ArgumentError) argument error: 42
iex> not 42
** (ArgumentError) argument error

Perbandingan

Elixir didatangkan dengan semua operator perbandingan yang kita biasa guna: ==, !=, ===, !==, <=, < dan >.

iex> 1 > 2
false
iex> 1 != 2
true
iex> 2 == 2
true
iex> 2 <= 3
true

Untuk perbandingan ketat nombor-nombor integer dan float, gunakan ===:

iex> 2 == 2.0
true
iex> 2 === 2.0
false

Satu ciri penting Elixir ialah mana-mana dua bentuk jenis data boleh dibandingkan, ini adalah amat berguna ketika membuat penyusunan. Kita tidak perlu menghafal susunan tetapi penting untuk diberikan perhatian:

number < atom < reference < functions < port < pid < tuple < maps < list < bitstring

Ini boleh membawa kepada beberapa perbandingan yang menarik, dan sah, yang anda mungkin tidak akan jumpai dalam bahasa aturcara lain:

iex> :hello > 999
true
iex> {:hello, :world} > [1, 2, 3]
false

Interpolasi String

Jika anda pernah menggunakan Ruby, interpolasi string dalam Elixir akan dikenali:

iex> name = "Sean"
iex> "Hello #{name}"
"Hello Sean"

Perangkaian String

Perangkaian string menggunakan operator <>:

iex> name = "Sean"
iex> "Hello " <> name
"Hello Sean"

Share This Page