Collections

List, tuples, keywords, maps, dicts dan functional combinators.

List

List adalah senarai nilai ringkas, mereka boleh mengandungi pelbagai jenis data; list dibolehkan untuk mengandungi nilai-nilai yang bukan unik:

iex> [3.14, :pie, "Apple"]
[3.14, :pie, "Apple"]

Elixir melaksanakan list sebagai ‘linked list’. Ini bermakna mencapai saiz list ialah satu operasi 0(n). Oleh sebab ini selalunya lebih cepat untuk melakukan operasi penambahan awalan(prepend) dari melakukan operasi lampiran(append):

iex> list = [3.14, :pie, "Apple"]
[3.14, :pie, "Apple"]
iex> ["π" | list]
["π", 3.14, :pie, "Apple"]
iex> list ++ ["Cherry"]
[3.14, :pie, "Apple", "Cherry"]

Perangkaian List

Perangkaian list menggunakan operator ++/2:

iex> [1, 2] ++ [3, 4, 1]
[1, 2, 3, 4, 1]

Penolakan List

Sokongan untuk proses penolakan dibekalkan melalui operator --/2; ianya selamat untuk membuat penolakan nilai yang hilang:

iex> ["foo", :bar, 42] -- [42, "bar"]
["foo", :bar]

Head / Tail

Apabila menggunakan list ianya biasa untuk melakukan kerja menggunakan head dan tail sesatu list. Head ialah elemen pertama sesatu list dan tail ialah elemen-elemen seterusnya. Elixir membekalkan dua kaedah yang berguna, hd dan tl, untuk bekerja dengan kedua-dua komponen tersebut:

iex> hd [3.14, :pie, "Apple"]
3.14
iex> tl [3.14, :pie, "Apple"]
[:pie, "Apple"]

Sebagai tambahan kepada fungsi-fungsi yang telah disebutkan, anda juga dibenarkan menggunakan aksara paip |; kita akan melihat penggunaan corak ini di dalam pelajaran seterusnya:

iex> [head | tail] = [3.14, :pie, "Apple"]
[3.14, :pie, "Apple"]
iex> head
3.14
iex> tail
[:pie, "Apple"]

Tuple

Tuple adalah sama dengan list tetapi disimpan secara berturutan di dalam ingatan. Ini membuatkan capaian ke atas nilai panjang mereka laju tetapi membuat kemaskini adalah mahal; satu tuple baru mestilah disalin keseluruhannya ke dalam ingatan. Tuple diisytiharkan menggunakan curly braces:

iex> {3.14, :pie, "Apple"}
{3.14, :pie, "Apple"}

Menjadi kebiasaan untuk menggunakan tuple sebagai mekanisma untuk memulangkan maklumat tambahan dari fungsi-fungsi; Kebaikan penggunaan ini akan lebih jelas apabila kita masuk kepada pemadanan corak:

iex> File.read("path/to/existing/file")
{:ok, "... contents ..."}
iex> File.read("path/to/unknown/file")
{:error, :enoent}

Kata-kunci list

Keyword dan map adalah koleksi asosiatif( associative collections of) Elixir; kedua-duanya melaksanakan modul Dict. Dalam Elixir, kata-kunci list ialah sejenis senarai tuple khas yang mengandungi elemen pertama dari jenis atom; prestasi mereka adalah sama dengan list:

iex> [foo: "bar", hello: "world"]
[foo: "bar", hello: "world"]
iex> [{:foo, "bar"}, {:hello, "world"}]
[foo: "bar", hello: "world"]

Terdapat tiga ciri kata-kunci list yang menonjolkan kepentingan mereka:

Atas sebab-sebab tersebut kata-kunci list selalu digunakan to menghantar pilihan kepada fungsi.

Map

Dalam Elixir map adalah ‘key-value store’ yang paling kerap digunapakai, berlainanan dengan kata-kunci list mereka membenarkan penggunan key dari pelbagai jenis data dan mereka tidak mengikut turutan. Anda boleh mengisytiharkan sesatu map dengan menggunakan sintaks %{}:

iex> map = %{:foo => "bar", "hello" => :world}
%{:foo => "bar", "hello" => :world}
iex> map[:foo]
"bar"
iex> map["hello"]
:world

Mulai dari Elixir 1.2 pembolehubah dibenarkan untuk digunakan sebagai map key:

iex> key = "hello"
"hello"
iex> %{key => "world"}
%{"hello" => "world"}

Sekiranya satu salinan baru ditambah kepada satu map, ia akan menukarkan nilai asal:

iex> %{:foo => "bar", :foo => "hello world"}
%{foo: "hello world"}

Daripada paparan di atas, terdapat satu sintaks khas untuk map yang hanya mengandungi key dari jenis atom:

iex> %{foo: "bar", hello: "world"}
%{foo: "bar", hello: "world"}

iex> %{foo: "bar", hello: "world"} == %{:foo => "bar", :hello => "world"}
true
Caught a mistake or want to contribute to the lesson? Edit this lesson on GitHub!