Lessons: Basics

Lessons covering the foundational topics. New to Elixir? This is the place to start.

Penyediaan, Jenis Data Asas dan Operasi.

List, tuples, keywords, maps, dicts dan functional combinators.

Satu kumpulan algorithm untuk memproses satu persatu(enumerate) isi kandungan ‘collection’.

Pemadanan corak ialah satu komponen Elixir yang amat berkuasa, ia mengupayakan kita untuk membuat pemadanan nilai-nilai mudah, struktur data, dan juga fungsi-fungsi.

Dalam pelajaran ini kita akan melihat struktur kawalan yang dibekalkan oleh ELixir.

Di dalam Elixir dan kebanyakan bahasa aturcara kefungsian, fungsi adalah rakyat kelas pertama. Kita akan belajar mengenai jenis-jenis fungsi di dalam Elixir, apa yang menyebabkan mereka berbeza, dan bagaimana menggunakan mereka.

Operator Paip |> menghantar hasil dari satu ungkapan(expression) sebagai paramater pertama kepada satu ungkapan lain.

Kita tahu dari pengalaman bahawa menyimpan semua fungsi di dalam satu fail dan skop membawa kepada keadaan kelam-kabut. Di dalam pelajaran ini kita akan melihat bagaimana untuk meletakkan beberapa fungsi ke dalam satu kumpulan dan menetapkan sejenis map khas yang dikenali sebagai struct dalam usaha untuk menguruskan kod kita dengan lebih efisien.

Sebelum kita belajar lebih mendalam mengenai Elixir kita perlu memahami tentang mix. Jika anda biasa dengan Ruby, mix adalah gabungan Bundler, RubyGems dan Rake. Ia adalah elemen penting di dalam mana-mana projek Elixir dan di dalam pelajaran ini kita akan meneroka beberapa cirinya yang hebat. Untuk melihat apa yang dibekalkan oleh mix, jalankan mix help.

Sehingga tahap ini kita telah bekerja dengan iex yang mempunyai banyak kekangan. Untuk membina sesuatu yang berguna kita perlu memisahkan kod kita kepada banyak fail supaya mudah untuk diuruskan, dan mix memudahkan kita menguruskan projek-projek kita.

Membuat dan menggunakan sigil.

Mendokumentasi kod Elixir.

‘List comprehension’ ialah ‘syntactic sugar’(sintaks untuk memudahkan pembacaan dan penjelasan sesuatu topik) untuk menggelung ‘enumerable’ di dalam Elixir. Di dalam pelajaran ini kita akan melihat bagaimana kita boleh menggunakan ‘comprehension’ untuk lelaran(iteration) dan penjanaan.